Wednesday, January 23, 2008

Peristiwa Di Gua Khirak

Penduduk kota Makkah hidup dalam keadaan kacau bilau. Mereka menyembah berhala, berjudi dan minum arak. Mereka sering bergaduh dan bunuh membunuh diantara satu puak dengan puak yang lain.
Nabi Muhammad sering mengasingkan diri digua Hira'. Gua Hira' terletak berhampiran kota Makkah.
Nabi Muhammad bermunajat dan berzikir mengikut ajaran Nabi Ibrahim.
Pada suatu hari, Malaikat Jibrel datang menemui Nabi Muhammad di Gua Hira'. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan 6 Ogos 610 Masihi.
Ketika itu Nabi Muhammad berusia 40 tahun. Malaikat Jibrel datang membawa wahyu pertama. Nabi Muhammad disuruh menyebut "Iqra'' yang bermaksut "bacalah".
Baginda menjawab "saya tidak tahu membaca"

No comments: