Penduduk kota Makkah hidup dalam keadaan kacau bilau. Mereka menyembah berhala, berjudi dan minum arak. Mereka sering bergaduh dan bunuh membunuh diantara satu puak dengan puak yang lain.
Nabi Muhammad sering mengasingkan diri digua Hira'. Gua Hira' terletak berhampiran kota Makkah.
Nabi Muhammad bermunajat dan berzikir mengikut ajaran Nabi Ibrahim.
Pada suatu hari, Malaikat Jibrel datang menemui Nabi Muhammad di Gua Hira'. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan 6 Ogos 610 Masihi.
Ketika itu Nabi Muhammad berusia 40 tahun. Malaikat Jibrel datang membawa wahyu pertama. Nabi Muhammad disuruh menyebut "Iqra'' yang bermaksut "bacalah".
Baginda menjawab "saya tidak tahu membaca"
Wednesday, January 23, 2008
Tuesday, January 22, 2008
Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman a.s. adalah anak bongsu kepada Nabi Dawud a.s. Baginda dilahirkan di Jurusalem. Ibu baginda bernama Saba. Oleh kerana dia adalah anak lelaki yang berketerampilan, Nabi Dawud a.s. melantik baginda sebagai pewaris dan diangkat menaiki takhta selepas kematian bapa baginda. Baginda adalah seorang yang bijaksana, penguasa yang adil dan mempunyai pegangan kepercayaan yang utuh.Nabi Sulaiman a.s. Membuat Keputusan.Nabi Sulaiman dianugerahkan dengan kebijaksanaan membuat keputusan dalam kes yang rumit. Pada suatu hari berlaku pertikaian antara dua lelaki. Mereka telah mengutarakannya kepada Nabi Dawud a.s.Salah seorangnya berkata: "Tuan, kambingnya telah menceroboh tanamanku. Tanamanku telah musnah dan menyebabkan kerugian. Kerugian ini mesti dibayar pampasan oleh pemilik kambing."Pengembala kambing sangat miskin dan tiada berharta kecuali kambing-kambing itu. Kerosakan yang berlaku melebihi harga kambingnya. Nabi Dawud a.s. telah memerintahkan lelaki tersebut supaya memberikan kambingnya kepada pemilik tanah sebagai membayar gantirugi. Nabi Sulaiman a.s. yang ketika itu masih muda remaja telah mendengar pengadilan tersebut lalu dia bercakap dengan penuh hormat."Bapaku, tidak dinafikan, keputusanmu adalah betul tetapi adalah lebih sesuai sekiranya semua kambing digunakan untuk susu dan bulunya sahaja. Pengembala kambing patut diarah untuk berkhidmat kepada pemilik tanah sehingga keadaan ladang kembali sempurna. Apabila selesai semuanya, semua kambing mesti dipulangkan semula kepada pengembala tersebut."Semua yang hadir menyaksikan pengadilan itu bersetuju dengan pendapat Sulaiman. Nabi Dawud a.s. sangat menghargai keputusan yang adil tersebut dan memerintahkan kedua pihak melaksanakan seperti yang disarankan itu. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:"Dan (ingatlah kisah) Dawud dan Sulaiman, di waktu kedua-duanya memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosakkan oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan ilmu kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu." (Al-Anbiya', 21: 78-79)Kuasa Menundukkan AnginNabi Sulaiman a.s. mewarisi sifat murni bapanya. Baginda dianugerahkan dengan anugerah yang istimewa. Angin menjadi suruhan kepada baginda dan baginda dengan mudah dapat melakukan perjalanan jauh dengan sekelip mata sahaja. Allah telah menerangkan dalam ayat beberapa ayat al-Quran yang bermaksud:"Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana sahaja yang dikehendakinya" (Shaad, 38: 36)"Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Anbiyaa', 21: 81)Memahami Bahasa BurungNabi Sulaiman a.s. dianugerahkan dengan ilmu untuk memahami bahasa burung, serangga dan binatang-binatang lain. Baginda juga mampu bercakap dengan mereka sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:"Dan Sulaiman telah mewarisi Dawud dan dia berkata: "Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata"" (An-Naml, 27: 16) Nabi Sulaiman a.s. dan jinNabi Sulaiman a.s. juga berkuasa ke atas jin dan syaitan. Baginda menggunakan mereka untuk berkhidmat dengan baginda. Baginda memberi arahan tanpa rasa dendam atau iri hati. Mereka akan dihukum sekiranya mereka ingkar akan suruhan baginda. Allah telah berfirman yang bermaksud:"Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin di antara mereka dari perintah Kami. Kami rasakan kepadanya azab neraka yang menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Dawud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih" (Saba', 34: 12-13)"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan)" (An-Naml, 27: 17)Telah dinyatakan bahawa Nabi Sulaiman a.s. menakluk jin-jin untuk menolong baginda membina rumah suci Baitul Muqaddis (Masjid Aqsa)Nabi Yang Menyayangi KudaNabi Sulaiman a.s. sangat menyayangi kuda. Kuda-kuda adalah aset penting dalam ketenteraan negara. Apabila kuda-kuda tersebut pulang daripada sesuatu misi, baginda akan memberikan rawatan yang rapi ke atas leher dan buku lali yang tercedera. Baginda akan melaksanakannya sebagai tanda terima kasih terhadap kesetiaan dan ketangkasan kuda-kuda tersebut.Kisah Permaisuri SabaKawasan yang meliputi negara Yaman sekarang pernah diperintah oleh seorang permaisuri bernama Ratu Balqis. Kawasan itu dikenali sebagai Saba dan merupakan sebuah kerajaan yang makmur. Ratu Balqis telah mentadbir dengan begitu baik sehingga rakyatnya dapat mencapai tamadun yang tinggi pada waktu itu. Pada suatu hari burung Hud telah memaklumkan kepada Nabi Sulaiman a.s. tentang kemakmuran kerajaan Saba. Ia berkata:"Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang Mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan" (An-Naml, 27: 22-25)Setelah mendengar berita tersebut, Nabi Sulaiman a.s. seorang nabi dan raja telah menulis surat kepada ratu tersebut yang disampaikan melalui burung hud. Baginda memberi amaran kepada Ratu Balqis supaya jangan sombong dengan kuasanya dan menasihatinya untuk beriman dengan Allah dan menuruti segala perintah-Nya. Ratu Balqis telah membaca surat tersebut dan berasa sangat keliru. Sebagai seorang wanita yang berwaspada, dia telah memanggil para pembesar yang lain untuk meminta pandangan mereka. Sesetengah pembesar yang angkuh menyarankan supaya menentang Nabi Sulaiman a.s. manakala yang lain menyerahkan kepada ratu untuk membuat keputusan. "Berkatalah ia (Balqis): "Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri. Berkata dia (Balqis): "Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku)". Mereka menjawab: "Kita adalah orang-orang memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan"" (An-Naml, 27: 29-33)Ratu itu tidak mahu melibatkan negaranya dengan peperangan kerana akhirnya akan menyebabkan kemusnahan sahaja. Baginda memikirkan satu rancangan dan menyediakan hadiah yang berharga untuk Nabi Sulaiman a.s. Ratu Balqis merancang untuk mewujudkan hubungan baik dan mencari jalan perdamaian melalui pemberian tersebut. Namun kekayaan tiada bermakna bagi Nabi Sulaiman a.s. Baginda sangat kecewa dengan pemberian tersebut dan mengembalikannya bersama dengan kata-kata yang tajam kepada utusan ratu tersebut."Aku tidak inginkan kekayaan. Bagiku pemberian yang mahal ini adalah tidak penting. Aku harap ratu dan para pengikutnya menyembah Allah dan mengikut kepercayaan agama yang benar. Aku akan menyerang negara kamu sekiranya ratu itu enggan berbuat demikian"Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya bergerak melalui lembah semut untuk menyerang kerajaan Saba. Di lembah tersebut, baginda terdengar perbualan semut-semut yang bergegas melarikan diri ke lubang untuk mengelakkan dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman a.s. Baginda berasa kasihan dan dan mendapat pengajaran untuk menyelamatkan nyawa dan kemuliaan makhluk yang merendah diri. Baginda merasakan bahawa ratu dan rakyatnya hanya seperti makhluk yang merendah diri. Mereka tidak sepatutnya diserang dan dibunuh untuk berkuasa di muka bumi. Telah diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud:"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari, maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."" (An-Naml, 27: 18-19)Baginda tidak meneruskan serangan kerana baginda suka pembunuhan beramai-ramai yang disebabkan oleh pertelingkahan antara kedua angkatan tentera. Matlamatnya ialah untuk memulihkan Ratu Balqis dan rakyat negara Saba. Baginda ingin membawa mereka ke jalan yang benar dan berharap dapat menyelamatkan mereka daripada godaan syaitan.Apabila Ratu Balqis mendengar khabar angin tentang penyerangan oleh Nabi Sulaiman a.s., dia pun pergi menemui baginda bagi menyelesaikan masalah tersebut. Apabila kedatangan ratu itu diketahui oleh Nabi Sulaiman a.s., maka diperintahkan jin-jin untuk membawa singgahsana ratu dengan sekelip mata. Perintahnya ditunaikan dengan segera dan apabila Ratu Balqis sampai di tempat Nabi Sulaiman a.s. , dia ditanya mengenai singgahsana tersebut. Ratu Balqis mengenalinya dan berkata:" Aku sudah sedia maklum akan kuasa dan keagungan tuanku. Aku datang kepadamu sebagai seorang hamba yang patuh"Ayat al-Quran yang bermaksud:"Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: "Serupa inikah singgahsanamu?" Dia menjawab: "Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri." Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya), kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang kafir" (An-Naml, 27: 42-43)Ratu Balqis telah dibawa ke dalam istana yang yang sangat indah. Lantainya diperbuat daripada kaca yang bergemerlapan yang menampakkannya seperti air yang mengalir. Ratu Balqis mengangkat kainnya apabila melalui lantai tersebut apabila berjalan di atas lantai tersebut. Kemudian dia diberitahu bahawa ia bukanlah air sebenarnya."Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam" (An-Naml, 27: 44) Ratu Balqis akhirnya berasa menyesal dan menerima agama Allah. Nabi Sulaiman a.s. memerintah selama 30 tahun. Baginda meninggal pada usia 89 tahun. Selepas kematian baginda, putera baginda Rohoboam menjadi raja. Rohoboamhidup dalam kemewahan mengikut keinginannya. Rakyat telah bangun memberontak lalu menjatuhkannya .Tidak lama selepas itu warisan pemerintahan Nabi Dawud a.s. pun berakhir.
Nabi Yahya
15. Kisah Nabi Yahya a.s
Yahya adalah anak kepada Nabi Zakaria A.S. Kelahirannya merupakan keajaiban kerana baginda dilahirkan oleh seorang wanita yang telah lama didapati mandul dan bapa yang sudah tua. Dalam keadaan yang hampir berputus asa, Nabi Zakaria A.S. yang sudah berumur, berdoa kepada Allah s.w.t. supaya mengurniakan seorang anak lelaki yang boleh menjadi pewaris, penyampai ajaran agama Allah. Doanya telah dimakbulkan serta merta. "Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia." (Maryam, 19: 7)Nabi Yahya A.S. telah diberi tugas yang mulia iaitu memimpin manusia ke jalan kebenaran. Baginda mengajak orang lain untuk percaya dengan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Baginda hidup dalam kelompok masyarakat yang suka merendah-rendahkan orang lain. Baginda seorang yang tidak sombong dan selalu menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di dalam hutan. Baginda juga seorang yang suci dan begitu mentaati kedua orang tuanya. Firman Allah yang bermaksud:"Hai Yahya, ambillah Al-kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan rasa belas kasihan yang mendalam dan sisi kami dan kesucian (dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali" (Maryam, 19: 12-15)Nabi Yahya A.S. berpindah ke padang pasir Judea. Baginda berpakaian jubah yang diperbuat daripada bulu unta. Baginda hanya makan makanan ringkas dan madu liar. Khutbah baginda meninggalkan kesan yang sangat hebat dan ramai orang datang berduyun untuk mendengar mesej yang disampaikan. Seluruh penduduk di kawasan Jordan telah memeluk agama Allah dan mengikut ajaran baginda. Nabi Yahya A.S. adalah nabi yang terdahulu daripada Nabi Isa A.S. Keduanya adalah saudara sepupu yang sezaman. Baginda saat taat melaksanakan misinya sehingga ke akhir hayat. Seorang pemertintah Roman,Herod Antipas adalah pemerintah Galilee. Dia menjalinkan hubungan sulit dengan Herodias, isteri kepada saudara lelakinya Herod Philip. Nabi Yahya A.S. telah menasihatinya supaya meninggalkan perbuatan tersebut namun tidak dihiraukan oleh raja tersebut. Suatu hari, Herod Antipas telah mengadakan satu majlis keramaian. Herodias memberi kebenaran kepada anaknya, Salome untuk menari dalam majlis tersebut. Raja tersebut amat tertarik dengan persembahan gadis tersebut. Maka dia memberitahu bahawa dia akan menunaikan apa sahaja permintaan Salome. Dengan segera, Salome meminta dibawakan kepadanya kepala Nabi Yahya A.S. Herod terpaksa menunaikan janjinya kerana tidak dapat memikirkan alternatif lain. Jadi, Nabi Yahya A.S. dipancung atas hasutan ibu Salome, gadis yang dicintainya. Makam baginda ditempatkan di Masjid Umayyah di Syria.

Nabi Idris
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57) Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.
Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”
“Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48) Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)
^ Kembali ke atas ^
Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina
Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina pada hari Isnin. Sesuai dengan firman Allah yang dijelaskan dalam Al-Quran: “Dan Tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman langsung kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada-Mu.” Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya, nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Tatkala Tuhannya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka Setelah Musa sedar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.”

Perang Khandak
Latar belakang
Perang Khandak berlaku pada bulan Syawal tahun 5 hijrah.Peperangan ini dikenali sebagai ''Khandak"atau"parit" kerana umat Islam telah bersatu tenaga menggali parit disekeliling Madinah bagi menghalang orang-orang Kafir menyerang umat Islam dengan mudah. Peperangan ini berpunca dari hasutan kaum Bani Nadir. Mereka berpakat dengan kaum Quraish Makkah untuk menyerang orang-orang Islam Madinah. Pakatan di kalangan kaum Yahudi dan tentera Quraish Makkah ini menyebabkan perang "Khandak" dikenali juga sebagai perang "Ahzab".
Bilangan tentera
Jumlah tentera Yahudi dan orang-orang Quraish Makkah adalah seramai 10,000 orang. Mereka diketuai oleh Abu Sufian Bin Harb. Manakala tentera Islam seramai 3000 orang diketuai Nabi Muhammad .
Peristiwa menggali parit
Apabila Nabi Muhammad mendengar pakatan itu, beliau terus mengadakan perbincangan dengan sahabatnya. Dalam perbincangan itu Salman Alfarisi telah mencadangkan agar parit dibina di sekeliling kota Madinah sebagai kubu pertahanan tentera Islam.Cadangan telah diterima.Nabi Muhammad mencadangkan agar parit dibina disebelah utara sahaja kerana kerana bahagian lain terlindung oleh bangunan, rumah dan dusun. Nabi Muhammad sendiri bersama sahabatnya bekerja sebagai buruh. Baginda telah bersama-sama menggali,mengangkut dan membuang tanah serta memecah batu-batu.
semasa kerja memecahkan batu dijalankan, Nabi Muhammad diberi mukjizad oleh Allah. Baginda telah memecahkan batu keras yang tidak dapat dipecahkan oleh orang muslimin. Nabi Muhammad memecahkan batu itu dengan tiga pukulan sahaja
Semasa kerja menggali parit dijalankan, kaum muslimin sentiasa berada dalam kelaparan kerana kekurangan makanan. Nabi Muhammad dan orang muslimin telah mengikat perut mereka dengan ketulan batu untuk menahan lapar. Ketika inilah, Allah yang maha berkuasa lagi maha penyayang kepada hambanya telah menolong orang Islam. Allah telah memberi mukjizat kepada Nabi Muhammad yaitu seekor kambing dan sedikit gandum telah dapat mengenyangkan kaum Muhajirin dan Ansar. Bahagian makanan itu tidak berkurangan pun.
Disekitar peperangan
Umat Islam telah dikepung berterusan selama satu bulan. Sebelum itu umat Islam tidak pernah menempuh peperangan sedemikian di Habshah. Pasukan musuh datang dari setiap penjuru. Pada saat genting ini pertolongan Allah pun datang.
Nu'man Bin Masuud seorang tentera musuh, telah menishtiharkan keislaman dihadapan Nabi Muhammad. Keislamannya masih belum diketahui orang Quraish.
Keputusan perang
Syahid 7 orang manakala tentera Quraish mati seramai 4 orang. Tentera Islam telah menang

Subscribe to:
Posts (Atom)